BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 23, 2010

Sejarah Sekolah


Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap terletak di kawasan seluas 7.5 ekar.Ia terletak berhampiran Pekan Bagan Terap.Mukim Sungai Panjang dan dalam Daerah Sabak Bernam.Sekolah ini dibina pada tahun 1976 dan mula digunakan pada 3 januari 1977.Jumlah pelajarnya ketika itu seramai 157 orang dalam tingkatan satu.Gurunya pula seramai 7 orang dan pengetua pertamanya ialah Tuan Haji Jamil bin Kudu sementara Guru Penolong Kanannya ialah En Hamzah bin Hussien.Perasmian penubuhan ialah pada April 1978 oleh Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu,Yang Berhormat Dato' Musa Hitam.Pada peringkat awal,sekolah ini hanya mempunyai 2 blok bangunan yang mengandungi kelas dan pejabat,2 unit rumah guru yang ditempatkan di sekolah dan sebuah kantin.Pada pertengahan tahun 1981,2 blok bangunan baru dibina.Pada tahun 1994,2 bangunan asrama harian dan 1 blok bengkel kemahiran hidup mula dibina untuk menampung kekurangan bilik darjah dan bilik guru mula digunakan pada tahun 2000.Sekali lagi,pada tahun 2008 telah dibina 1 blok bangunan 4 tingkat dan digunakan pada Julai 2009.
    Pelajar-pelajar SMK Bagan Terap datang dari sekolah kebangsaan di sekitarnya iaitu dari SK Bagan Terap,SK Lubuk Pusing,SK Tok Khalifah,SK Sri Bahagia, SK Binjai Jaya dan SK Parit 6.Pekerjaan utama ibu bapa pelajar ialah pesawah padi,pekebun kecil dan peniaga kecil
    Pada tahun 2000 sekolah telah menerima pengetua baru,Pn Rosnah bt Selamat yang telah memperkenalkan perancangan strategik sekolah untuk tempoh 2001-2005.Impak daripada perancangan strategik ini,sekolah telah menjadi terkenal bukan sahaja di dalam daerah tetapi juga di peringkat negeri dan kebangsaan kerana telah mencapai banyak kejayaan di peringkat daerah ,negeri,dan kebangsaan.Antara kejayaan sekolah sepanjang tempoh 2001-2005 di peringkat kebangsaan ialah menerima Anugerah Sekolah Menengah Harapan Negara 2003,Anugerah Pengurusan Asrama Cemerlang 2003,Anugerah Kualiti Kementerian  Pendidikan Malaysia ,Program Sekolah Selamat dan Program Kesihatan Bersepadu .Selain kejayaan tersebut,sekolah juga telah mendapat banyak kemudahan hasil sumbangan besar daripada komuniti yang diperoleh,ialah Dataran Nilam,Dataran Jalur Gemilang dan lain-lain lagi.Kawasan persekitaran sekolah juga bersih,ceria dan kondusif.

0 comments: