BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 26, 2010

Sambutan Hari Guru

              

 Sambutan Hari Guru 2010

                        Pada 18 Mei 2010, SMK Bagan Terap telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah."Guru Pembina Negara Bangsa" adalah tema sambutan hari guru pada tahun ini.Sambutan ini diadakan di Dataran Zaaba dengan dihadiri oleh para guru dan pelajar.Sambutan ini dimulai dengan bacaan doa oleh wakil pelajar iaitu Mohd Amirul Aiman Hamsuddin.Pengetua SMK Bagan Terap, Pn Maimon bt Soh telah merasmikan sambutan ini dengan jayanya.Acara diteruskan dengan bacaan perutusan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Menteri Pelajaran Malaysia dan Pengarah Pelajaran Malaysia.wakil guru iaitu En Zahrullail b Harun telah mengetuai bacaan ikrar guru.Selepas itu,majlis diteruskan lagi dangan penyampaian beberapa anugerah kepada para guru seperti guru cemerlang, guru berdedikasi, guru berketerampilan dan lain-lain lagi. Majlis diserikan lagi dengan beberapa persembahan daripada para guru dan pelajar.Antara persembahan yang dipersembahkan ialah, tarian zapin, boria, nasyid, sajak dan lain-lain lagi.Para guru dijemput hadir ke Dewan Luqman untuk menjamu selera.Guru-guru dan para pelajar amat gembira pada hari yang bersejarah itu.

0 comments: