Pelajar-pelajar SMK Bagan Terap datang dari sekolah kebangsaan di sekitarnya iaitu dari SK Bagan Terap,SK Lubuk Pusing,SK Tok Khalifah,SK Sri Bahagia, SK Binjai Jaya dan SK Parit 6.Pekerjaan utama ibu bapa pelajar ialah pesawah padi,pekebun kecil dan peniaga kecil
Pada tahun 2000 sekolah telah menerima pengetua baru,Pn Rosnah bt Selamat yang telah memperkenalkan perancangan strategik sekolah untuk tempoh 2001-2005.Impak daripada perancangan strategik ini,sekolah telah menjadi terkenal bukan sahaja di dalam daerah tetapi juga di peringkat negeri dan kebangsaan kerana telah mencapai banyak kejayaan di peringkat daerah ,negeri,dan kebangsaan.Antara kejayaan sekolah sepanjang tempoh 2001-2005 di peringkat kebangsaan ialah menerima Anugerah Sekolah Menengah Harapan Negara 2003,Anugerah Pengurusan Asrama Cemerlang 2003,Anugerah Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia ,Program Sekolah Selamat dan Program Kesihatan Bersepadu .Selain kejayaan tersebut,sekolah juga telah mendapat banyak kemudahan hasil sumbangan besar daripada komuniti yang diperoleh,ialah Dataran Nilam,Dataran Jalur Gemilang dan lain-lain lagi.Kawasan persekitaran sekolah juga bersih,ceria dan kondusif.
0 comments:
Post a Comment