Thursday, October 28, 2010
Wednesday, October 27, 2010
Sukan Sekolah
Sukan Sekolah Tahunan .
Pada hari Sabtu bersamaan 17.4.2010 SMK.Bagan Terap telah mengadakan Kejohanan Sukan Sekolah Tahunan di Kompleks Sukan Sabak Bernam.Bagi memberkati kejohanan sukan majlis menjemput En. Kamal Khairi Bin Ariffin untuk membaca doa.Majlis Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah telah dirasmikan oleh Puan Pengetua sekolah, Pn.Hjh.Maimon Bt Soh.Juru acara bagi kejohanan ini ialah Pn.Azian Binti Ismail dan Pn.Lila Bt Isa.Antara acara-acara yang dipertandingkan ialah lumba lari, lompat tinggi, lempar cakera, lontar peluru dan lain-lain.Para pelajar telah melakukan tabik hormat di padang Kompleks Sukan Sabak Bernam.Acara ini telah dipimpin oleh M.Haziq Bin Shazeli selaku Ketua Pelajar SMK Bagan Terap.Para guru dan murid-murid telah bersama-sama berusaha menjayakan acara ini.Murid yang mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan telah berusaha bersungguh-sungguh bagi menyumbang mata bagi rumah sukan masing-masing.
Posted by smk bagan terap at 9:59 PM 0 comments
Tuesday, October 26, 2010
Sambutan Hari Guru
Sambutan Hari Guru 2010
Pada 18 Mei 2010, SMK Bagan Terap telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah."Guru Pembina Negara Bangsa" adalah tema sambutan hari guru pada tahun ini.Sambutan ini diadakan di Dataran Zaaba dengan dihadiri oleh para guru dan pelajar.Sambutan ini dimulai dengan bacaan doa oleh wakil pelajar iaitu Mohd Amirul Aiman Hamsuddin.Pengetua SMK Bagan Terap, Pn Maimon bt Soh telah merasmikan sambutan ini dengan jayanya.Acara diteruskan dengan bacaan perutusan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Menteri Pelajaran Malaysia dan Pengarah Pelajaran Malaysia.wakil guru iaitu En Zahrullail b Harun telah mengetuai bacaan ikrar guru.Selepas itu,majlis diteruskan lagi dangan penyampaian beberapa anugerah kepada para guru seperti guru cemerlang, guru berdedikasi, guru berketerampilan dan lain-lain lagi. Majlis diserikan lagi dengan beberapa persembahan daripada para guru dan pelajar.Antara persembahan yang dipersembahkan ialah, tarian zapin, boria, nasyid, sajak dan lain-lain lagi.Para guru dijemput hadir ke Dewan Luqman untuk menjamu selera.Guru-guru dan para pelajar amat gembira pada hari yang bersejarah itu.
Posted by smk bagan terap at 9:26 PM 0 comments
Sunday, October 24, 2010
Carta Organisasi Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap
Posted by smk bagan terap at 9:37 PM 0 comments
Visi sekolah
Visi sekolah
SMK Bagan Terap cemerlang dalam kurikulum,ko-kurikulum,kecerian dan disiplin(3K&D)
- Memenuhi kualiti dan piawaian semasa
- Setanding pencapaian sekolah-sekolah terbaik di dalam daerah/negeri
Posted by smk bagan terap at 9:18 PM 0 comments
Misi Sekolah
MISI SEKOLAH
Dalam usaha untuk menjadi cermelang dalam 3K & D kami warga SMK Bagan Terap Bertekad dengan iltizam akan memberi komitmen kepada sekolah dalam program yang terancan dan sistematik untuk :
i. Meningkatkan pencapaian akademik setiap pelajar mengikut potensi masing-masing untuk melahirkan pelajar yang berilmu dan berkamahiran.
ii. Meningkatkan pencapaian kokurikulum dengan mengembangkan potensi pelajar secara optimum.
iii. Melahirkan pelajar yang berdisiplin, berakhlak mulia, berketrampilan, dan mempunyai daya juang yang tinggi.
Posted by smk bagan terap at 8:28 PM 0 comments
Piagam Sekolah
PIAGAM SEKOLAH
Untuk merialisasikan Visi SMK Bagan Terap cermelang dalam 3K & D, maka kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji menyempurnakan hak-hak pelanggan kamai seperti:
Kepada Pelajar
Memeberi peluang dan layanan yang adil kepada semua pelajar untuk memperkembangkan dan menyuburkan potensi diri melalui pendidikan dan prasarana yang berkualiti.
Kepada Guru Dan Staf
Menyediakan suasana kerja yang kondusif dan memberangsangkan supaya semua guru dan staf dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan serta membuka peluang secara adil dan saksama ke arah peningkatan profesionalisme diri.
Kepada Ibubapa dan Masyarakat
Member layanan mesra, cekap, cepat, dan tepat kepada ibu bapa dan masyarakat di samping peka terhadap pandangan dan maklum balas yang diterima.

Posted by smk bagan terap at 8:24 PM 0 comments
Motto Sekolah
MOTTO SEKOLAH
Berilmu
Bermaksud segala jenis pengatahuan dan kepandaian dunia serta akhirat. Setiap pelajar diwajibkan menuntut dan mengamal ilmu yang dipelajari di sekolah atau peringkat lebih tinggi. Ilmu itu haruslah bersifat sepanjang hayat dalam menjamin melahirkan insane yang berilmu untuk membentuk individu yang intelek dan berdaya fikir tinggi selaras dengan matlamat wawasan 2020.
Berbakti
Bermaksud member sumbangan tenaga, moral dan material di smaping memiliki sifat saying, setia dan berbudi demi kemajuan Agama, Bangsa dan Negara. Bakti yang dicurahkan hendaklah berterusan, bukan sahaja di peringkat persekolahan malah hingga akhir hayat.
Berjasa
Bermaksud membuat baik sesame manusia serta mencurahkan bakti untuk pembangunan bangsa dan Negara. Setiap individu perlu sepanjang masa berbuat baik, tolong menolong, bersifat prihatin dan memiliki kasih sayang terhadap agama, Bangsa, dan Negara. Nilai-nilai murni ini perlu untuk melahirkan insan yang bertanggungjawap dan sanggup berkorban demi pembangunan Agama, Bangsa, dan Negara.

Posted by smk bagan terap at 8:22 PM 0 comments
Lagu Sekolah
Lagu Sekolah
Kita usaha senantiasa
Cogan kata kita yang murni SMKBT sungai besar ini
Kita tetap banggakan
Ilmu yang dituntut diamalkan
Segalanya jadi panduan
Kita berdisiplin kita berharmoni
Ke arah cita yang suci
Bersatu berusaha
Berbakti dan berjasa
Prinsip rukunnegara
Jadi pedoman kita
Rahmatnya tuhan yang Maha Esa
Berkatilah amalan kami
Kita usaha kearah yang Satu
SMKBT maju
Posted by smk bagan terap at 7:31 PM 0 comments
Saturday, October 23, 2010
Sejarah Sekolah
Pelajar-pelajar SMK Bagan Terap datang dari sekolah kebangsaan di sekitarnya iaitu dari SK Bagan Terap,SK Lubuk Pusing,SK Tok Khalifah,SK Sri Bahagia, SK Binjai Jaya dan SK Parit 6.Pekerjaan utama ibu bapa pelajar ialah pesawah padi,pekebun kecil dan peniaga kecil
Pada tahun 2000 sekolah telah menerima pengetua baru,Pn Rosnah bt Selamat yang telah memperkenalkan perancangan strategik sekolah untuk tempoh 2001-2005.Impak daripada perancangan strategik ini,sekolah telah menjadi terkenal bukan sahaja di dalam daerah tetapi juga di peringkat negeri dan kebangsaan kerana telah mencapai banyak kejayaan di peringkat daerah ,negeri,dan kebangsaan.Antara kejayaan sekolah sepanjang tempoh 2001-2005 di peringkat kebangsaan ialah menerima Anugerah Sekolah Menengah Harapan Negara 2003,Anugerah Pengurusan Asrama Cemerlang 2003,Anugerah Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia ,Program Sekolah Selamat dan Program Kesihatan Bersepadu .Selain kejayaan tersebut,sekolah juga telah mendapat banyak kemudahan hasil sumbangan besar daripada komuniti yang diperoleh,ialah Dataran Nilam,Dataran Jalur Gemilang dan lain-lain lagi.Kawasan persekitaran sekolah juga bersih,ceria dan kondusif.
Posted by smk bagan terap at 9:06 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)