Sunday, December 5, 2010
Monday, November 29, 2010
Kem Pemantapan Sahsiah Pelajar Sesi 2
Pada 3 - 4.11.2010 Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap, telah mengadakan Kem Pemantapan Sahsiah Sesi Ke-2 di Pusat Kecemerlangan PPD Sabak Bernam dahulunya dikenali sebagai (Pusat Koko Sabak Bernam).Program ini telah dianjurkan oleh Unit Kaunseling & Bimbingan SMK Bagan Terap serta kerjasama oleh guru-guru Pendidikan Islam SMK Bagan Terap.Pelajar telah menaiki 3 buah bas untuk pergi ke kem tersebut.Antara pelajar yang terlibat ialah pelajar-pelajar tingkatan 3 lelaki dan perempuan serta pelajar tingkatan 4 lelaki sahaja.Semasa di kem ini para pelajar telah didedahkan kepada ilmu-ilmu agama yang selama ini diambil mudah sahaja oleh para pelajar.Pada sebelah malam, selepas solat fardu maghrib para pelajar telah di bagi kuliah maghrib oleh Ustaz Ahmad.Selain itu, melalui kem ini juga para pelajar dapat menginsafi segala kesalahan dan dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini terhadap kedua orang ibu bapa mereka melalui slot "Ceramah Keibu- bapaan" yang telah disampaikan oleh Ustaz Asyraf yang merupakan imam besar Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor.Akhir kata, semoga para pelajar dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada kem yang telah dilakukan ini agar tidak rugi diadakan kem seperti ini di masa akan datang...
Posted by smk bagan terap at 7:51 PM 0 comments
Tuesday, November 23, 2010
Friday, November 12, 2010
LADAP TERAKHIR 2010..
Dijalankan di Makmal ICT SMK Bagan Terap...
Ceramah disampaikan oleh En Jaafar Bin Ab Rahman dengan tajuk Etiket & Protokol.
Posted by smk bagan terap at 5:22 PM 0 comments
Wednesday, November 10, 2010
Friday, November 5, 2010
Thursday, October 28, 2010
Wednesday, October 27, 2010
Sukan Sekolah
Posted by smk bagan terap at 9:59 PM 0 comments
Tuesday, October 26, 2010
Sambutan Hari Guru
Pada 18 Mei 2010, SMK Bagan Terap telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah."Guru Pembina Negara Bangsa" adalah tema sambutan hari guru pada tahun ini.Sambutan ini diadakan di Dataran Zaaba dengan dihadiri oleh para guru dan pelajar.Sambutan ini dimulai dengan bacaan doa oleh wakil pelajar iaitu Mohd Amirul Aiman Hamsuddin.Pengetua SMK Bagan Terap, Pn Maimon bt Soh telah merasmikan sambutan ini dengan jayanya.Acara diteruskan dengan bacaan perutusan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Menteri Pelajaran Malaysia dan Pengarah Pelajaran Malaysia.wakil guru iaitu En Zahrullail b Harun telah mengetuai bacaan ikrar guru.Selepas itu,majlis diteruskan lagi dangan penyampaian beberapa anugerah kepada para guru seperti guru cemerlang, guru berdedikasi, guru berketerampilan dan lain-lain lagi. Majlis diserikan lagi dengan beberapa persembahan daripada para guru dan pelajar.Antara persembahan yang dipersembahkan ialah, tarian zapin, boria, nasyid, sajak dan lain-lain lagi.Para guru dijemput hadir ke Dewan Luqman untuk menjamu selera.Guru-guru dan para pelajar amat gembira pada hari yang bersejarah itu.
Posted by smk bagan terap at 9:26 PM 0 comments
Sunday, October 24, 2010
Carta Organisasi Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap
Posted by smk bagan terap at 9:37 PM 0 comments
Visi sekolah
- Memenuhi kualiti dan piawaian semasa
- Setanding pencapaian sekolah-sekolah terbaik di dalam daerah/negeri
Posted by smk bagan terap at 9:18 PM 0 comments
Misi Sekolah
Posted by smk bagan terap at 8:28 PM 0 comments
Piagam Sekolah
Kepada Pelajar
Memeberi peluang dan layanan yang adil kepada semua pelajar untuk memperkembangkan dan menyuburkan potensi diri melalui pendidikan dan prasarana yang berkualiti.
Kepada Guru Dan Staf
Menyediakan suasana kerja yang kondusif dan memberangsangkan supaya semua guru dan staf dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan serta membuka peluang secara adil dan saksama ke arah peningkatan profesionalisme diri.
Kepada Ibubapa dan Masyarakat
Member layanan mesra, cekap, cepat, dan tepat kepada ibu bapa dan masyarakat di samping peka terhadap pandangan dan maklum balas yang diterima.
Posted by smk bagan terap at 8:24 PM 0 comments
Motto Sekolah
Berilmu
Bermaksud segala jenis pengatahuan dan kepandaian dunia serta akhirat. Setiap pelajar diwajibkan menuntut dan mengamal ilmu yang dipelajari di sekolah atau peringkat lebih tinggi. Ilmu itu haruslah bersifat sepanjang hayat dalam menjamin melahirkan insane yang berilmu untuk membentuk individu yang intelek dan berdaya fikir tinggi selaras dengan matlamat wawasan 2020.
Berbakti
Bermaksud member sumbangan tenaga, moral dan material di smaping memiliki sifat saying, setia dan berbudi demi kemajuan Agama, Bangsa dan Negara. Bakti yang dicurahkan hendaklah berterusan, bukan sahaja di peringkat persekolahan malah hingga akhir hayat.
Berjasa
Bermaksud membuat baik sesame manusia serta mencurahkan bakti untuk pembangunan bangsa dan Negara. Setiap individu perlu sepanjang masa berbuat baik, tolong menolong, bersifat prihatin dan memiliki kasih sayang terhadap agama, Bangsa, dan Negara. Nilai-nilai murni ini perlu untuk melahirkan insan yang bertanggungjawap dan sanggup berkorban demi pembangunan Agama, Bangsa, dan Negara.
Posted by smk bagan terap at 8:22 PM 0 comments
Lagu Sekolah
Kita usaha senantiasa
Cogan kata kita yang murni SMKBT sungai besar ini
Kita tetap banggakan
Ilmu yang dituntut diamalkan
Segalanya jadi panduan
Kita berdisiplin kita berharmoni
Ke arah cita yang suci
Bersatu berusaha
Berbakti dan berjasa
Prinsip rukunnegara
Jadi pedoman kita
Rahmatnya tuhan yang Maha Esa
Berkatilah amalan kami
Kita usaha kearah yang Satu
SMKBT maju
Posted by smk bagan terap at 7:31 PM 0 comments
Saturday, October 23, 2010
Sejarah Sekolah
Posted by smk bagan terap at 9:06 AM 0 comments