BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 18, 2011

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH..

Watikah perlantikan sekolah telah diadakan pada hari rabu bersamaan16/02/2011. Perlantikan ini diadakan di Dataran Za'ba.Majlis watikah perlantikan ini telah dirasmikan oleh Sarjen Mohd Nooh yang merupakan bapa angkat bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap.






PENGENALAN 
Pemimpin pelajar di sekolah adalag aset yang sangat penting dan dapat memainkan peranan bagi meningkatkan kecemerlangan sahsiah, kepimpinan dan akademik pelajar-pelajar. Peranan pemimpin pelajar dapat memantapkan pengurusan sesebuah sekolah dan tidak boleh dinafikan bahawa pengaruh yang dimainkan oleh pemimpin pelajar adalah dominan dan dapat mempengaruhi pelajar lain untuk membentuk budaya sekolah yang kondusif dan berkesan. pengurusan sekolah memerlukan sokongan moral, perhatian dan kerjasama daripada kepimpinan pelajar.

Majlis penyampaian watikah kepada mereka merupakan satu pengiktirafan bagi memantapkan lagi dalam menjalankan tugas dengan cenerlang, gemilang dan terbilang..

OBJEKTIF
Selepas majlis penyampaian watikah ini diharap agar pemimpin pelajar SMK Bagan Terap dapat :-
  • Pengiktirafan secara rasmi daripada pihak sekolah.
  • Pemimpin pelajar mempunyai azam yang lebih tinggi bagi melaksanakan tugas.
  • Pelajar-pelajar dapat mengetahui siapa pemimpin mereka.
  • Peningkatan disiplin dan akademik di kalangan pelajar.

0 comments: