BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 28, 2010

slide hari guru

Wednesday, October 27, 2010

Sukan Sekolah

          Sukan Sekolah Tahunan .

                    Pada hari Sabtu bersamaan 17.4.2010 SMK.Bagan Terap telah mengadakan Kejohanan Sukan Sekolah Tahunan di Kompleks Sukan Sabak Bernam.Bagi memberkati kejohanan sukan majlis menjemput En. Kamal Khairi  Bin Ariffin untuk membaca doa.Majlis Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah telah dirasmikan oleh Puan Pengetua sekolah, Pn.Hjh.Maimon Bt Soh.Juru acara bagi kejohanan ini ialah Pn.Azian Binti Ismail dan Pn.Lila Bt Isa.Antara acara-acara yang dipertandingkan ialah lumba lari, lompat tinggi, lempar cakera, lontar peluru dan lain-lain.Para pelajar telah melakukan tabik hormat di padang Kompleks Sukan Sabak Bernam.Acara ini telah dipimpin oleh M.Haziq Bin Shazeli selaku Ketua Pelajar SMK Bagan Terap.Para guru dan murid-murid telah bersama-sama berusaha menjayakan acara ini.Murid yang mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan telah berusaha bersungguh-sungguh bagi menyumbang mata bagi rumah sukan masing-masing.  

            



    

    
     
    
    






Lokasi Sekolah

Tuesday, October 26, 2010

Sambutan Hari Guru

              

 Sambutan Hari Guru 2010

                        Pada 18 Mei 2010, SMK Bagan Terap telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah."Guru Pembina Negara Bangsa" adalah tema sambutan hari guru pada tahun ini.Sambutan ini diadakan di Dataran Zaaba dengan dihadiri oleh para guru dan pelajar.Sambutan ini dimulai dengan bacaan doa oleh wakil pelajar iaitu Mohd Amirul Aiman Hamsuddin.Pengetua SMK Bagan Terap, Pn Maimon bt Soh telah merasmikan sambutan ini dengan jayanya.Acara diteruskan dengan bacaan perutusan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Menteri Pelajaran Malaysia dan Pengarah Pelajaran Malaysia.wakil guru iaitu En Zahrullail b Harun telah mengetuai bacaan ikrar guru.Selepas itu,majlis diteruskan lagi dangan penyampaian beberapa anugerah kepada para guru seperti guru cemerlang, guru berdedikasi, guru berketerampilan dan lain-lain lagi. Majlis diserikan lagi dengan beberapa persembahan daripada para guru dan pelajar.Antara persembahan yang dipersembahkan ialah, tarian zapin, boria, nasyid, sajak dan lain-lain lagi.Para guru dijemput hadir ke Dewan Luqman untuk menjamu selera.Guru-guru dan para pelajar amat gembira pada hari yang bersejarah itu.

Pencapaian SMK Bagan Terap



Sunday, October 24, 2010

Carta Organisasi Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap

Visi sekolah

Visi sekolah

SMK Bagan Terap cemerlang dalam kurikulum,ko-kurikulum,kecerian dan disiplin(3K&D)

  • Memenuhi kualiti dan piawaian semasa
  • Setanding pencapaian sekolah-sekolah terbaik di dalam daerah/negeri

  • Terkenal dan ternama dalam daerah atau negeri.